Murid Didedahkan dengan Aktiviti Berkebun

2022-09-01 19:21:39  CRI
Share with:

Bukan hanya terhad di dalam bilik darjah, murid-murid dari Sekolah Rendah Longquan di Huzhou, wilayah Zhejiang, diberikan peluang untuk merasa sendiri bagaimana untuk menanam sayur.

Program berkebun menjadi mata pelajaran wajib di sekolah serata negara bermula semester baharu pada September, dengan tujuan memupuk semangat berbakti pada tanah dalam kalangan pelajar.