Nushirwan: Kejayaan Bendung COVID-19 Pencapaian Terbesar China

2022-09-01 11:12:28  CRI
Share with:

Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berpendapat bahawa pencapaian terbesar China dalam tahun mutakhir ini adalah kejayaannya dalam membendung kesan negatif COVID-19.

 

Menurut beliau, China yang mempunyai 1.4 bilion penduduk merupakan negara yang populasinya terbesar di dunia, dan cabaran dihadapinya jelas berbeza dengan cabaran yang dilalui negara lain seperti Malaysia.

 

“Hakikat bahawa jumlah mereka yang meninggal dunia dan yang terjangkit wabak COVID-19 (di China) amat rendah secara relatifnya jika dibanding dengan jumlah (keseluruhan) penduduknya.

 

“Di samping itu, ekonomi China terus menjana pekerjaan dan boleh dikatakan tidak berhenti sebagai pusat pembuatan terbesar dunia,” kata Nushirwan.

 

Beliau turut menyifatkan situasi itu sebagai berperanan sangat penting bagi memastikan bahawa ekonomi dunia keseluruhannya tidak terkesan secara terlalu buruk.

 

Nushirwan berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG), baru-baru ini.