Kenapa CIFTIS Berprestij Semakin Tinggi?

2022-09-01 16:23:52  CRI
Share with:

Kadar keterlibatan antarabangsa dalam Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 yang dirasmikan semalam mencatat 20.8%, naik hampir 3% berbanding edisi tahun lalu, terbukti dengan kehadiran lebih 400 syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500 Global serta sejumlah syarikat peneraju di pentas dunia.

Daya tarikan CIFTIS yang berprestij semakin tinggi tidak terlepas daripada pasaran China yang raksasa.

Pertumbuhan CIFTIS dalam sedekad lalu telah menyaksikan perkembangan pesat perdagangan perkhidmatan China. Dari tahun 2012 hingga 2021, nilai tambahan industri perkhidmatan China meningkat 1.49 kali ganda, dan kadar pertumbuhan import eksport industri perkhidmatan merekod 6.1%, iaitu lebih tinggi 3.1 peratus berbanding kadar pertumbuhan sejagat. Nilai keseluruhan perdagangan perkhidmatan China menduduki tempat kedua dalam ranking dunia untuk lapan tahun berturut-turut.

Pada setengah tahun pertama tahun ini, pertumbuhan import eksport industri perkhidmatan China meningkat 21.6% berbanding tahun lalu, antaranya lebihan dagangan sektor telekomunikasi, komputer dan perkhidmatan maklumat telah meningkat 1.2 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Di sebalik penularan wabak COVID-19 masih menghantui masyarakat sejagat, dan pemulihan ekonomi dunia yang amat lemah, China mengadakan CIFTIS pada saat ini adalah untuk menyediakan peluang kepada syarikat asing untuk memasuki pasaran perkhidmatan domestik, serentak itu mewujudkan platform pameran dan transaksi kepada syarikat China untuk menggunakan sumber pasaran domestik dan antarabangsa.

CIFTIS berperanan membantu meningkatkan tahap keterbukaan China, dan fungsinya bukan sahaja sebuah pameran atau platform, malahan juga satu salah paradigma pembangunan baharu yang berkekalan yang boleh menyuntik momentum kepada ekonomi China dan dunia.