Kunjungi Pasar Bunga Dounan Kala Malam

2022-09-01 11:23:34  CRI
Share with:

Pasar Bunga Dounan di Kunming, provinsi Yunnan memang terkenal sebagai syurga bagi para pencinta bunga. 

Baru-baru ini, Dounan berjaya disenaraikan dalam kluster penggunaan kebudayaan dan pelancongan waktu malam peringkat kebangsaan. 

Susulan itu, pengendali pasar berkenaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menggamit kedatangan lebih ramai pelanggan antaranya termasuk meningkatkan kecekapan pengurusan, memanjangkan waktu operasi dan memperluas tempat perniagaan.