Rizhao Giat Pacu Industri Sukan

2022-09-02 10:25:55  CRI
Share with:

Industri kesukanan khususnya pembuatan barangan sukan di bandar Rizhao, provinsi Shandong terus mengekalkan momentum pertumbuhan kukuh hasil usaha kerajaan tempatan dalam mengembangkan industri berkenaan.

Kini, terdapat lebih sepuluh buah syarikat pengeluar peralatan sukan komersial dan kegunaan isi rumah di bandar itu. Produk buatan syarikat berkenaan telah dieksport ke lebih 20 negara dan wilayah.