'Demokrasi ala AS' Tertanam di Asia Barat Bertukar kepada Rentetan Malapetaka
Atas alasan menyerang kegiatan pelampau, tentera udara Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara terhadap Afghanistan pada 29, Ogos tahun yang lalu, sehari sebelum pengundurannya dari negara itu. Sekurang-kurangnya 10 rakyat jelata termasuk 7 orang kanak-kanak terbunuh dalam serangan kali itu.
Pada 29, Ogos tahun ini, tercetus satu conflik yang dahsyat di Baghdad, ibu kota Iraq yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan ratusan orang tercedera. Dalam konflik tersebut, “zon hijau” yang dipertahankan tentera AS pula mengalami serangan bom roket. Menurut “New York Times”, perkara tersebut mungkin menandakan bermulanya fasa lebih berbahaya di Iraq.
AS selama ini bertindak “menanam” sistem politik demokrasi ala Barat di Iraq yang membahagikan kuasa pemerintahan kepada puak agama yang berlainan. Jawatan Presiden negara itu disandang oleh orang Kurd, manakala jawatan Perdana Menteri dan Speaker pula masing-masing dipegang oleh puak Syiah dan Sunni. Ini turut merupakan punca perpisahan politik di negara itu, dan menjadikan penyelesaian kedamaian antara pelbagai puak politik dan agama susah dicapai.
Dari segi ekonomi, statistik berkenaan mendedahkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) perkapita Iraq mencatat USD10,356 (RM46,436) pada 1990, namun menurun hingga hanya USD4,157 (RM18,640) pada 2020. Menurut penganalisis, rakyat Iraq berkali-kali melakukan tunjuk perasaan sejak Oktober lalu bukan sahaja untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang gagal membentuk kabinet, tetapi juga meluahkan rasa kecewa terhadap kadar pengangguran yang tinggi dan masalah hidup yang susah.
Pada konteks keselamatan negara, situasi domestik yang kacau bilau di Iraq boleh menjadi punca bagi “kebangkitan” keganasan. Menurut statistik diterbitkan dalam laman sesawang berkaitan catatan tentang jumlah kematian rakyat semasa Perang Iraq, terdapat kira-kira 3,400 kes serangan keganasan berlaku setiap tahun pada 2003 hingga 2021, dan terdapat 4 orang terbunuh dalam setiap kes serangan keganasan secara puratanya.
Pakar bidang strategik Iraq, Ahmad Sharifi menyatakan tujuan AS mencerobohi Iraq bukan untuk membantu negara itu merealisasikan demokrasi, sebaliknya sekadar mahu meningkatkan dominasinya di Asia Barat.
Hampir sejuta nyawa yang tidak berdosa melayang dalam runtuhan “Demokrasi ala AS” di Asia Barat dalam 20 tahun yang lalu.
Masyarakat antarabangsa dikehendaki menjelaskan dan menyiasati tindakan jenayah yang dilakukan AS di rantau itu demi keadilan dan maruah semua mangsa.