China Kecam Laporan OHCHR tentang Xinjiang Berdasarkan Maklumat Palsu

2022-09-02 14:23:38  CRI
Share with:

Satu laporan yang disiarkan Pejabat Pesuruhjaya Kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi  Manusia (OHCHR) tentang Xinjiang adalah hasil rekaan dunia Barat. Laporan yang  penuh dengan maklumat palsu itu adalah alat politik Barat untuk menyekat China.

Demikian dinyatakan  jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media Rabu.

Menurut Wang, OHCHR  jelaslah sudah membelakangi tanggungjawab diri dan melanggar prinsip objektif  dalam perbuatannya mereka-reka laporan demi muslihat politik pasukan anti-China.  Pertubuhan itu terbukti sudah berubah dijadikan "pemukul" dan "kakitangan" dunia Barat dalam menganiaya negara membangun.

Rakyat berbilang kaum di Xinjiang merupakan yang paling sesuai untuk memberikan penilaian tentang keadaan hak asasi manusia sendiri. Semua sahabat asing yang pernah mengunjungi Xinjiang berpendapat bahawa Xinjiang di mata mereka jauh berbeza dengan gambaran dalam  liputan media Barat dan pengisahan kuasa anti-China.

"Lebih 60 buah negara yang menyanjung tinggi keadilan telah mengirim suarat kepada OHCHR bagi membantah laporan yang berdasarkan maklumat palsu itu, sedangkan hampir 1,000 pertubuhan bukan kerajaan dan perwakilan tokoh Xinjiang dari pelbagai lapisan masyarakat pun telah mengemukakan bantahan mereka.

"Sebenarnya pada beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat hampir seratus negara pernah memberikan sokongan kepada pendirian China melibatkan isu Xinjiang dan mengemukakan bantahan kepada campur tangan kuasa luar terhadap urusan dalaman China menerusi apa yang disebut 'masalah Xinjiang', ketika berlangsungnya sesi persidangan  Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) dan Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SOCHUM). Inilah arus perdana  dalam pendapat umum masyarakat antarabangsa. Muslihat politik AS yang mahu  menyekat China dengan mengacaubilaukan Xinjiang hanya akan menjadi sia-sia  saja," katanya.