Cerita Lang Haitao dan Buah ‘Emasnya’

2022-09-02 14:40:47  cri
Share with:

 

Tahun ini merupakan tahun ketujuh Lang Haitao pulang ke kampung halamannya untuk memulakan perniagaan.

Pada 2015, Lang pulang dari Rusia ke Hunchun, Provinsi Jilin, di timur laut China, untuk menubuhkan koperasi penanaman epal dan dia bukan sahaja berjaya menjual epal kampung halamannya ke seluruh China, bahkan juga ke luar negara.

Hunchun terletak di persimpangan China, Rusia dan Korea Utara. Mengling merupakan satu kampung kecil di Hunchun, iaitu kampung halaman Lang dan lokasi koperasi penanaman epalnya juga terletek di situ.

Pada bulan Mei setiap tahun, pokok epal berbunga di Kampung Mengling menjadi lautan bunga.

Perbezaan suhu antara siang dan malam di kawasan ini amat besar, dan sumber semula jadi tersebut memberikan kelebihan unik untuk pembangunan industri epal di Mengling.

Lang Haitao membawa masuk lebih daripada 100 petani kerja di taman epalnya yang menanam lebih 5,000 pokok epal.

Dia menggunakan siaran langsung, platform e-dagang dan pembelian kumpulan komuniti untuk menjual epal di kampung halamannya ke Beijing, Shanghai dan bandar-bandar lain, dan juga berjaya dieksport ke Rusia dan Korea Selatan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kampung Mengling bukan sahaja menjual epal, tetapi juga telah membina rantaian industri yang meliputi penanaman, penyimpanan, penjualan, pemprosesan dan pelancongan.

Difahamkan, epal telah menjadi "buah emas" Kampung Mengling, dan telah menjadi tulang belakang bagi pemulihan ekonomi desa di kawasan tersebut.

Kejayaan Lang telah merangsangkan semakin ramai pemuda kembali ke kampung halamannya untuk mencari peluang.