Kongres Kebangsaan PKC ke-20 Menyambut Wartawan dari Dalam dan Luar

2022-09-02 13:28:21  CRI
Share with:

Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (PKC) ke-20 yang akan diadakan tidak lama lagi mengeluarkan sambutan kepada wartawan dari dalam dan luar negeri yang merancang membuat liputan.

Pendaftaran bagi wartawan sudah dimulakan hari ini melalui alamat  web http://cpc20reg.zgjx.cn, dan akan tamat pada 16 September.

Liputan dan wawancara berkaitan Kongres Kebangsaan PKC ke-20 boleh dijalankan di tapak kejadian, melalui pautan video dan secara tertulis. Wartawan domestik dan asing yang berada di Beijing disaran menjalankan liputan di tapak persidangan, manakala mereka yang berada di luar China disaran menjalankan wawancara melalui pautan video dan secara tertulis.

Pusat Media yang tersedia dalam tempoh berlangsungnya kongres itu berperanan menyediakan perkhidmatan maklumat dan sokongan teknikal kepada wartawan.