EMU untuk Laluan Jakarta-Bandung Tiba di Indonesia
Dua set tren buatan China untuk kegunaan laluan Jakarta-Bandung yang masing-masing berjenis Unit Gandaan Elektrik (EMU) berkelajuan tinggi dan tren pemeriksaan komprehensif (CIT) dilaporkan tiba di Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta Utara Indonesia pada Khamis.
Ketibaan EMU dan CIT yang merupakan tren kumpulan pertama bagi projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung disifatkan sebagai petanda penting bagi pembinaan projek tersebut.
Projek HSR Jakarta-Bandung merupakan program pembinaan pertama yang menggunakan sistem, elemen dan rantaian industri melibatkan HSR buatan China yang lengkap di luar China.
Penghasilan kesemua 11 set EMU yang dijalankan dengan menggunakan teknologi dan piawaian China sudah siap pada masa ini.
Penghantaran baki 10 set tren EMU dari China ke Indonesia akan selesai dilaksanakan secara berperingkat menjelang awal 2023.