Buah Pear Jana Pendapatan Petani

2022-09-02 10:29:29  CRI
Share with:

Sekarang tibanya masa untuk memetik buah pear di pekan Shangjiuwu, kaunti Baofeng, provinsi Henan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan giat membimbing kaum tani menanam pear jenis baharu berkualiti tinggi seperti pear kuning bulat dan pear Qiuyue.

Menerusi mod jualan penstriman langsung serta kolaborasi dengan peniaga buah segar terkemuka, penanaman buah pear turut menjana pendapatan penduduk tempatan.