Gala Malam Pesta Kuih Bulan CMG 2022 Berbaloi Didambakan

2022-09-04 14:52:44  CRI
Share with:

Gala Malam Pesta Kuih Bulan 2022 anjuran Kumpulan Media China(CMG) akan diadakan di bandar Zhangjiagang, provinsi Jiangsu China pada 10 September.

Perlbagai kerja persiapan sedang berjalan dengan lancar.  

Dengan tema budaya berhubung "bulan", gala ini akan menampilkan adat istiadat tradisional Pesta Kuih Bulan, meluahkan rasa rindu akan kampung halaman dan cinta akan tanah air.

Pelbagai persembahan yang meliputi lagu dan tarian, simfoni, dan seni opera akan diadakan dalam aktiviti sambutan kali ini, diselingi dengan persembahan komedi dan sketsa.

Artis dan penyanyi dari Tanah Besar China dan Hong Kong, Macao, dan Taiwan akan menyajikan pengalaman audio-visual yang menguja buat penonton.

Teknologi tinggi akan digunakan untuk menghasilkan program gala ini yang termasuk teknologi Definisi Ultra Tinggi (UHD) 4K/8K dan teknologi suara tiga dimensi.

Selain itu program ini akan buat kali pertama disiarkan dengan menggunakan  skrin UHD yang besar di tempat awam di banyak bandar negara ini.