WAIC 2022 Tutup, Kontrak Pelaburan yang Termeterai Bernilai RMB15 bilion

2022-09-04 14:34:00  CRI
Share with:

Persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia (WAIC) edisi 2022 telah melabuhkan tirainya di Shanghai pada 3 September lalu. Sebanyak 25 buah projek industri AI yang melibatkan jumlah pelaburan hampir RMB15 bilion telah ditandatangani.

Persidangan yang bertemakan “intelligent connectivity infinite multiverse” ini berfokus kepada teknologi teras metaverse dan mempamerkan enam bidang penggunaan metaverse.

Menurut laporkan lain, dalam persidangan tahun ini lebih 600 buah syarikat menawarkan lebih 10,000 buah peluang pekerjaan untuk menarik bakat sains dan teknologi AI dalam lingkungan sedunia.