Nilai Kargo Pengangkutan Kereta Api China-Laos Cecah RMB10 bilion

2022-09-04 14:35:51  CRI
Share with:

Sebanyak 1,202,000 tan kargo import-eksport yang bernilai RMB10.08 bilion (RM6.54 bilion) dilepaskan Kastam China Jabatan Kunming, dalam tempoh sembilan bulan yang lalu sejak perkhidmatan pengangkutan kereta api China-Laos beroperasi. Sekarang terdapat 31 buah provinsi, wilayah autonomi dan bandar dilaporkan terlibat dalam perkhidmatan pengangkutan kargo antarabangsa itu, yang dilihat memberikan sumbangan besar kepada peningkatan kedinamikan pengangkutan rentas sempadan dan pembinaan  dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Jenis barangan muatan kereta api China-Laos bertambah semakin banyak sehingga mencatat hampir 2,000 jenis, dari getah dan barangan serbaneka pada mulanya ke elektronik, fotovoltaik, telekomunikasi dan bunga segar pada masa sekarang, manakala jumlah negara destinasi melalui Laos mencapai lapan buah termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Vietnam.