Beberapa Kes Tembakan Berlaku di AS Hujung Minggu

2022-09-05 13:00:50  CRI
Share with:

Kes tembakan berlaku di beberapa tempat di Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu dan mengakibatkan berpuluh-puluh orang maut atau cedera.

Di bandar Norfolk, Virginia, dua orang terbunuh dan lima lagi cedera dalam satu kes tembakan pada Ahad.

Pada hari yang sama, sekurang-kurangnya enam orang cedera dalam kes tembakan di pusat bandar Charleston, Carolina Selatan.

Seorang remaja berusia 15 tahun maut dan tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah kedai serbaneka di Capitol Heights, Maryland pada malam Sabtu.

Selain itu, beberapa kes tembakan berlaku di Chicago dan mengakibatkan 6 orang maut serta 34 lagi cedera pada 2 hingga 4 September.

Menurut data laman sesawang "Arkib Keganasan Senjata" AS, setakat 4 September waktu tempatan, terdapat 458 kes tembakan yang mengakibatkan lebih daripada 4 kematian atau kecederaan berlaku di AS pada tahun ini. Seramai 30,133 orang terbunuh dan 26,914 lagi cedera akibat kes keganasan senjata api.