Seorang Maut dalam Nahas Pesawat Laut AS
2022-09-05 12:52:50 CRI
Menurut laporan CNN, sebuah pesawat laut yang membawa lapan orang dewasa dan seorang kanak-kanak terhempas di perairan sekitar Seattle, Washington, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Mayat seorang mangsa telah ditemui, dan lapan yang lain masih dilaporkan hilang. Pada masa ini, Pasukan Pengawal Pantai AS sedang menjalankan misi mencari.