Sistem Pentadbiran China Terjemahkan Dasar kepada Realiti Menakjubkan - Duta

2022-09-05 15:21:24  CRI
Share with:

Berbeza dengan ciri utama budaya Barat yang menekankan persaingan, ciri utama adat Timur ini adalah keharmonian.

Dimikian dinyatakan Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin ketika diwawancara oleh Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Beliau amat setuju bahawa konsep ‘komuniti berkongsi nasib sesama insan’ yang dikemukakan China selaras dengan semangat ‘keluarga dunia’ yang diperkenalkan Malaysia, sebagai pendekatan untuk mengatasi krisis dihadapi dunia pada masa ini.

“Kita mengekalkan semangat saling membantu dan memastikan kita semua mencapai kemenangan bersama.

“Jadi apa langkah yang kita ambil ini memberi manfaat yang sebaik-baiknya sama rata bagi semua mereka yang terbabit.

“Ini menjadi asas yang menyebabkan pandangan Malaysia dan China dalam hal ini selalunya selari,” kata Raja Nushirwan.  

Duta itu turut menghargai usaha China yang berjaya menterjemahkan pelbagai konsep yang dikemukakan dalam bentuk pelaksanaan.

“Kebolehan sistem pentadbiran China dalam menterjemahkan dasar kepada realiti adalah satu perkara yang betul-betul menakjubkan.

“Sebab mana-mana negara pun boleh buat rancangan, mana-mana negara pun boleh buat dasar, tapi di China apa-apa dasar atau rancangan kerajaan akan diimplementasikan kalau tak 100% pun peratusan yang sangat tinggi kalau berbanding negara-negara lain,” ujar beliau.