China Tuntut AS Hentikan Serangan Siber

2022-09-06 16:03:17  CRI
Share with:

Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan serangan siber terhadap China telah menjejaskan keselamatan negara dan keselamatan maklumat peribadi rakyat China. China mengutuk keras tindakan itu, menuntut pihak AS memberikan penjelasan dengan segera dan menghentikan segera tindakan haramnya.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian ketika mengulas tentang serangan siber AS terhadap China.

Pusat Respons Kecemasan Virus Komputer Negara China (NCVERC) dan syarikat 360 masing-masing mengeluarkan laporan siasatan mengenai serangan siber yang dilakukan oleh Agensi Keselamkatan Negara (NSA) AS terhadap Universiti Politeknik Barat Laut (NPU) China baru-baru ini.

Menurut laporan tersebut, Pejabat Operasi Akses Khas (TAO) di bawah NSA telah melancarkan lebih 10 ribu kali serangan siber terhadap sasaran di China.

Mao berkata, keselamatan siber adalah masalah yang dihadapi bersama pelbagai negara. Sebagai negara yang mempunyai teknologi siber paling kuat di dunia, AS patut menghentikan segera penggodaman dan serangan terhadap negara lain, mengambil sikap bertanggungjawab untuk menyertai tadbir urus ruang Internet sejagat dan memainkan peranan membina untuk memelihara keselamatan siber.