Sekatan AS akan Jejaskan Kepentingan Sendiri

2022-09-06 13:20:24  CRI
Share with:

Sains dan teknologi haruslah digunakan untuk manfaat seluruh umat manusia, bukanlah menjadi alat untuk mengekang pembangunan negara lain.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ming ketika mengulas tentang langkah-langkah Amerika Syarikat (AS) yang mengekang syarikat China dengan menggunakan kuasa kerajaan.

Menurut laporan, kerajaan Biden sedang membincangkan langkah menyekat pelaburan negara itu terhadap syarikat sains dan teknologi China.

Mao Ning dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin menyatakan bahawa tindakan AS menyalahgunakan konsep keselamatan negara, membina halangan bagi kegiatan ekonomi, perdagangan, sains dan teknologi dengan China, bercanggahan dengan prinsip ekonomi pasaran dan tatatertib perdagangan antarabangsa. Tindakan itu bukan sahaja akan menjejaskan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap iklim perniagaan di AS, malah juga akan menjejaskan kepentingan negara itu sendiri.

 Mao Ning menegaskan, kerajaan China akan dengan tegas memelihara hak dan kepentingan sah syarikat negara ini.