Keganasan Politik akan Naik di AS: Tinjauan Umum

2022-09-06 13:21:53  CRI
Share with:

Menurut hasil tinjauan pendapat umum yang dijalankan oleh CBS dan portal YouGov, sebanyak 64 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) berpendapat keganasan politik akan meningkat di negara itu pada beberapa tahun depan.

Dalam tinjauan pendapat umum yang diadakan pada Januari 2021, sebanyak 51 peratus rakyat AS berpendapat keganasan politik akan meningkat. Angka tersebut mula menokok selepas berlakunya rusuhan di bangunan Capitol pada 6 Januari 2021. 

Dalam pada itu, sebanyak 54 peratus responden beranggapan bahawa demokrasi di AS semakin berkurangan, manakala 80 peratus responden berpendapat tahap peradaban politik di AS menjadi buruk.