California Isytiharkan Keadaan Darurat

2022-09-06 13:35:05  cri
Share with:

California, Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan keadaan darurat grid tenaga elektrik negeri itu pada Isnin, memandangkan gelombang panas kemungkinan meningkatkan beban kepada penggunakan tenaga.

Difahamkan suhu tinggi di beberapa kawasan California melebihi 110 darjah Fahrenheit (kira-kira 43.3 darjah Celsius) pada Isnin. Penggunaan tenaga harian dijangka melebihi 48.9 gigawatt, mencipta rekod tertinggi sejak 2017.