Kehadiran Syarikat China dalam Pameran Elektronik di Berlin

2022-09-07 10:57:12  CRI
Share with:

Pameran Produk Elektronik Antarabangsa (International Funkausstellung Berlin--IFA) telah membuka tirainya di Berlin, Jerman pada 2 September lalu. Ini adalah kali pertama pameran ini disambung semula sepenuhnya secara fizikal dalam tempoh dua tahun lalu. Sejumlah syarikat China seperti Haire, TCL, Huawei, Glory dan Alibaba merupakan antara lebih 1,100 pempamer dari 46 buah negara dan kawasan yang muncul dalam temasya tersebut dengan membawa produk dan teknologi terkini.