2 Maut Kebakaran di Selatan California

2022-09-07 14:16:37  CRI
Share with:

Sebanyak dua orang terbunuh dan seorang lagi cedera parah akibat kebakaran yang berlaku di bandar Hemet, kaunti Riverside, selatan California, Amerika Syarikat (AS) pada petang Isnin.

Menurut laporan media tempatan, setakat pagi Selasa, kebakaran yang disebut sebagai "Fairview Fire" itu telah menjalar ke kawasan lebih 9.71 kilometer persegi, sekurang-kurangnya tujuh bangunan musnah dijilat api, dan kadar kawalan kebakaran merekodkan 5 peratus.