CIFTIS Bawa Peluang Perniagaan kepada Dunia

2022-09-07 14:20:17  CRI
Share with:

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 telah melabuhkan tirainya pada Isnin. Teknologi yang penuh "futuristik" telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan kepada para pengunjung. CIFTIS membawa peluang perniagaan baharu kepada syarikat dari seluruh dunia.

CIFTIS selama 6 hari tahun ini menarik penyertaan fizikal sebanyak 507 buah syarikat Fortune 500 dan syarikat peneraju industri. Buat pertama kalinya, 10 negara termasuk Emiriah Arab Bersatu, Switzerland dan Itali mengadakan pameran negara.

Mengikut statistik awal, sebanyak 1,339 hasil dicapai sempena CIFTIS kali ini, antaranya termasuk 173 hasil inovasi dipamerkan untuk julung kalinya. Ini mencerminkan bahawa "inovasi" menjadi semakin penting dalam perdagangan perkhidmatan.

Menurut data daripada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), dalam perdagangan perkhidmatan global, perkhidmatan teknologi dan maklumat yang berkaitan dengan inovasi, perkhidmatan harta intelek, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta reka bentuk menyaksikan peningkatan daripada 11.4% pada tahun 2005 kepada 18% pada tahun 2020.

Sebagai sektor inovasi teknologi yang paling aktif, ekonomi digital telah menjadi enjin baharu dalam pertumbuhan ekonomi global. Skala industri ekonomi digital China menduduki tempat kedua di dunia selama beberapa tahun berturut-turut, selain menyuntik momentum pembangunan yang sangat diperlukan kepada ekonomi dan perusahaan global.

Tahun ini  ialah ulang tahun ke-10 CIFTIS. Sepanjang sepuluh tahun yang lalu, rakan kongsi perdagangan perkhidmatan China mencapai lebih 200 buah negara dan wilayah di dunia. Pelbagai hasil yang dicapai sempena CIFTIS akan memberikan manfaat kepada rakyat seluruh dunia.