China, ASEAN Fokus Kerjasama Bidang Audio Video
Program pertukaran dan persefahaman baik boleh diperkukuh dalam kalangan masyarakat China dan ASEAN melalui pemerkasaan kerjasama bidang komunikasi.
Forum Komunikasi Audio Video ASEAN-China 2022 diadakan di Nanning pada Rabu, menyaksikan pemeteraian sepuluh perjanjian meliputi pelbagai aspek secara dalam dan luar talian.
Antara aspek kerjasama utama yang termaktub dalam perjanjian China dan ASEAN termasuk program jualan rentas sempadan secara penstriman langsung, penggambaran filem dan televisyen serta penyiaran dan pengedaran drama TV, siri animasi dan rancangan hiburan di rantau ASEAN.
Semua aspek kerjasama itu akan dilaksanakan dengan baik ke arah memupuk persefahaman lebih kukuh antara masyarakat berlainan budaya dan negara.
Ketika berlangsungnya forum berkenaan, satu laporan yang menerangkan perkembangan bidang komunikasi antarabangsa audio video di China dan ASEAN selama sedekad dikeluarkan, dengan hasil diperoleh kedua-dua pihak dicatatkan.