Xi Sampaikan Perutusan Tahniah kepada Kim Jong Un Sempena Hari Kebangsaan Ke-74 DPRK

2022-09-09 14:55:59  CRI
Share with:

 Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC) merangkap Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah  kepada Setiausaha Agung Parti  Rodong Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK),  Kim Jong Un sempena ulang tahun ke-74 Hari Kebangsaan DPRK hari ini. 

Xi Jinping menyatakan, China dan DPRK merupakan negara jiran dengan persahabatan tradisional yang kekal lama.

"Pelbagai konsensus penting telah dicapai antara kedua-dua negara dalam usaha menggariskan rangka tindakan pembangunan hubungan parti dan kerajaan dan peningkatan persahabatan kedua-dua negara pada zaman baharu.

"Pada masa yang sama,  kedua-dua negara terus memperkasakan komunikasi dan kerjasama,  sokong-menyokong dalam isu yang menjadi kepentingan bersama, sekali gus memaparkan persahabatan tradisional kedua-dua negara yang penuh semangat," kata Xi.

Beliau menegaskan lagi, dunia kini mengalami perubahan drastik. China bersedia mengekalkan komunikasi strategik dengan DPRK dan meningkatkan penyelarasan dan kerjasama, bersama-sama memelihara dan memperkukuh hubungan bilateral demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, sekali gus menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan serantau, malah dunia.