Washington Umumkan Darurat Kesihatan Awam Ekoran Kedatangan Pendatang Asing

2022-09-09 15:35:53  CRI
Share with:

Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser mengisytiharkan  keadaan darurat kesihatan awam di bandar itu apabila beribu-ribu pendatang asing  tiba di bandar tersebut dengan menaiki bas dari Arizona dan Texas pada 9 September waktu tempatan  Amerika Syarikat(AS). 

Bowser  turut mengumumkan penubuhan pejabat kerajaan baharu untuk menangani masalah tersebut. 

Dilaporkan bahawa Gabenor Texas, Greg Abbott dan Gabenor Arizona,  Doug Ducey mula menghantar pendatang asing ke Washington pada April untuk membantah dasar imigresen Presiden Biden.

Setakat  8 September, Pejabat Gabenor Texas telah menghantar lebih  7,900 pendatang asing ke Washington dengan menggunakan 190 buah bas, manakala  2,200 lagi  dihantar ke New York City dengan menggunakan lebih 40 buah bus dan lebih 300 pendatang  ke Chicago dengan menggunakan lima buah bas. Dalam pada itu,  Arizona pula menghantar 46 buah bas yang membawa 1,677 pendatang asing ke Washington.