Xi Ucap Takziah atas Kemangkatan Ratu Elizabeth II

2022-09-09 13:28:59  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus perutusan takziah kepada Raja Britain baharu, Charles III atas kemangkatan Ratu Elizabeth II hari ini.

Xi bagi pihak kerajaan dan rakyat China, dan atas namanya sendiri, mengucapkan takziah atas kemangkatan Ratu Elizabeth II dan menyampaikan duka cita kepada keluarga diraja, kerajaan dan rakyat Britain.

Xi menyatakan bahawa Ratu Elizabeth II selaku raja paling  lama memerintah Britain, mendapat pujian ramai. Ratu Elizabeth II merupakan raja Britain pertama yang melawat China.  Kemangkatannya antara kerugian besar rakyat Britain.

Xi menegaskan bahawa beliau amat mementingkan perkembangan hubungan China-Britain, dan bersedia bekerjasama dengan Raja Charles III dengan mengambil peluang sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik peringkat duta antara kedua-dua negara demi menggalakkan perkembangan hubungan dua hala yang sihat dan stabil, selain memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara ini.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri Li Keqiang mengutus perutusan takziah kepada Perdana Menteri Britain Elizabeth Truss, atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.