Perayaan Pesta Kuih Bulan di Daerah Baharu Lanzhou

2022-09-10 16:16:45  CRI
Share with:

Aktiviti perayaan Pesta Kuih Bulan diadakan di daerah baharu Lanzhou, provinsi Gansu baru-baru ini.

Selain berpeluang mengecapi masakan yang sedap, para peserta juga dapat mengikuti sesi tarian dan sebahagian antara mereka yang berpakaian cantik turut menari dalam majlis malam berapi unggun.

Kebanyakan peserta tersebut merupakan penduduk yang baru diatur berpindah ke sini dari kawasan pergunungan pada tahun ini untuk mengelakkan risiko tertimpa bencana geologi. Ini merupakan Pesta Kuih Bulan pertama yang disambut mereka di rumah baharu.