Xi Ucap Tahniah kepada João Lourenço Terpilih Presiden Angola

2022-09-10 14:29:23  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada João Manuel Gonçalves Lourenço yang dipilih semula sebagai presiden Angola, pada Khamis.

Xi berkata, hubungan China dengan Angola berkembang dengan baik pada akhir-akhir ini, dan rasa saling percaya politik terus diperkukuh. Di samping itu, kerjasama dilaksanakan dengan lancar dan turut memberikan limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Menurut Xi, China mementingkan perkembangan hubungan dengan Angola dan bersedia melonjakkan hubungan perkongsian strategik China-Angola ke tahap baharu.