Aktiviti di AS Sempena Ulang Tahun ke-21 Peristiwa "11 September"

2022-09-11 14:19:26  CRI
Share with:

Sempena sambutan ulang tahun ke-21 serangan ganas "11 September", aktiviti diadakan di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS) untuk memperingati peristiwa itu.

Peristiwa "11 September" membuka tirai apa yang dipanggil "usaha memerangi keganasan global" oleh AS.

Walau bagaimanapun, Washington menggunakan alasan "antikeganasan" untuk menghapuskan keganasan mengikut kehendak pihaknya sendiri melalui operasi ketenteraan, di samping secara paksa mempromosikan demokrasi ala AS.

Dalam tempoh 21 tahun lalu, AS melancarkan peperangan atau operasi ketenteraan di Afghanistan, Iraq, Syria, Libya dan negara-negara lain, mencetuskan konflik kekerasan dan huru-hara yang menyebabkan beratus-ratus ribu orang terbunuh dan berpuluh-puluh juta orang kehilangan tempat tinggal.

AS menggunakan alasan antikeganasan, mencampuri hal-ehwal negara lain secara hegemoni, serta membawa pergolakan dan penderitaan kepada rakyat beberapa negara.