Perhimpunan Bantah Sekatan Terhadap Rusia

2022-09-12 15:39:44  CRI
Share with:

Hampir 3,000 penunjuk perasaan berhimpun di Vienna, ibu kota Austria pada Ahad, sebagai bantahan terhadap lonjakan harga tenaga dan kos sara hidup serta masalah inflasi tinggi akibat sekatan kerajaan ke atas Rusia. 

Mereka menggesa supaya ‘sekatan bunuh diri’ sedemikian dihentikan, di samping mengecam tindakan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang diketuai Amerika Syarikat (AS) kerana mencetuskan konflik dan memburukkan keadaan keselamatan Eropah.

Sekatan yang dikenakan AS dan beberapa negara lain ke atas Rusia telah membawa impak besar terhadap ekonomi Eropah, sementara menyaksikan krisis tenaga semakin teruk apabila musim sejuk bakal menjelang tiba.

Ini membawa kepada berlakunya demonstrasi di negara-negara Eropah termasuk Perancis, Jerman dan Republik Czech.