Sidang Kemuncak SCO di Samarkand Bawa Makna Signifikan: Pakar

2022-09-12 14:12:43  CRI
Share with:

Sidang ke-22 Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dijadual diadakan di Samarkand, Uzbekistan pada 15 hingga 16 September.

Pakar isu antarabangsa dari Uzbekistan, Farkhod Tolipov menyifatkan sidang kemuncak SCO itu mempunyai makna signifikan dalam sejarah.

"Sejak ditubuhkan pada 2001, SCO berkembang menjadi sebuah organisasi antarabangsa yang bebas, berpengaruh dan berprestij.

"Ia juga telah mengumpul banyak pengalaman dalam mengendalikan hal ehwal antarabangsa," katanya semasa temu bual eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Beliau berkata sidang kemuncak di Samarkand nanti bakal menyaksikan SCO melangkah ke fasa baharu dari segi struktur pembangunannya serta pengambilan anggota baharu.

"Keluasan wilayah keseluruhan negara anggota SCO melebihi tiga perlima daripada benua Eurasia buat masa ini. 

"SCO sedang membangun ke arah pertubuhan serantau yang berpengaruh di pentas dunia," ujarnya.

Menurut Tolipov, terdapat segelintir sarjana dan media Barat yang mendakwa penubuhan SCO bertujuan untuk bersaing dengan Barat memandangkan anggota pertubuhan itu tidak merangkumi negara Barat.

Beliau bagaimanapun berkata menerusi tindakan praktikalnya, SCO terbukti sebuah organisasi yang bermatlamat menggalakkan kolaborasi antara negara anggota, serta memantapkan keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau.