Pakatan AUKUS Takkan Dapat Sokongan: Duta China

2022-09-13 13:02:48  CRI
Share with:

Pakatan melibatkan Amerika Syarikat, Britain dan Australia (AUKUS) berhubung kerjasama kapal selam nuklear takkan mendapat sokongan, kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Wang Qun.

Beliau menekankan, kerjasama itu melampaui Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) serta lingkungan tanggungjawab sekretariat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

"Ia bukan sesuatu yang boleh dikendalikan ketiga-tiga negara secara persendirian, sebaliknya mesti diuruskan negara anggota IAEA.

"Mereka mesti menghentikan perbuatan seumpama yang memudaratkan dunia," tegasnya.

Isu berkaitan AUKUS membantu Australia memperoleh kapal selam berkuasa nuklear baharu ditetapkan sebagai agenda rasmi dalam mesyuarat Lembaga Gabenor IAEA yang diadakan di Vienna, Austria pada Isnin.

Wang Qun menyifatkan keputusan berkenaan sebagai tindak balas untuk menumpaskan komplotan segelintir negara yang berniat mengugut lembaga itu, dan mengalahkan amalan hegemoni.

"Ini mencerminkan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap pemindahan bahan senjata nuklear berkenaan, dan kumpulan kecil ala AS tidak akan mendapat sokongan,” kata Wang.