Senjata Siber Khusus NSA Ditemui

2022-09-13 16:57:35  CRI
Share with:

Senjata siber 'suctionchar' yang digunakan khusus Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat ditemui dalam pelayan rangkaian Universiti Politeknik Barat Laut (NPU) China.

Demikian menurut Pusat Respons Kecemasan Virus Komputer Negara China (NCVERC) yang menjalankan siasatan terhadap serangan siber dari luar negara ke atas universiti itu.

Menurut analisis, 'suctionchar' terutamanya menyasar platform Unix/Linux, dan fungsi utamanya adalah mencuri kata laluan akaun pengguna yang disasar.

'Suctionchar' merupakan senjata siber bersifat sembunyi, yang juga dapat digunakan secara bersepadu dengan senjata siber lain.