Rentetan Insiden Tembakan Berlaku di AS

2022-09-13 14:34:31  CRI
Share with:

Kejadian tembakan berlaku di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) antaranya Illinois, Kentucky, Indiana, Pennsylvania dan New York, pada hujung minggu lalu.

Difahamkan, enam orang terbunuh manakala 29 lagi cedera, termasuk tujuh remaja dalam insiden tembakan di bandar Chicago, Illinois.

Menurut laporan terkini Persatuan Ketua Bandar Utama (MCCA: Major Cities Chiefs Association), sekurang-kurangnya 237,000 jenayah kekerasan berlaku di bandaraya AS bagi Januari hingga Jun, naik 4.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.