China Serahkan Bijirin Bantuan kepada Mangsa Banjir Pakistan

2022-09-13 13:17:13  CRI
Share with:

Duta  Besar China ke Pakistan, Nong Rong ketika menziarahi mangsa di kawasan banjir di  bandar Drabagti, provinsi Balochistan, barat daya Pakistan pada Ahad lalu telah  menyerahkan bijirin sumbangan China kepada pihak berkuasa  tempatan.

Setelah mengucapkan terima kasih atas bantuan China  dalam majlis penyerahan tersebut, Menteri  Kawalan Narkotik Pakistan Nawabzada Shazain Bugti menyatakan bahawa  kedua-dua negara mempunyai persahabatan persaudaraan yang akrab antara  satu sama lain, Parti Komunis China dan kerajaan China sentiasa menghulur  bantuan apabila Pakistan mengalami kesukaran, dan Pakistan menanti-nantikan  kerjasama dengan China bagi menaiktaraf pembinaan prasarana dalam bidang  pendidikan dan perubatan.

Nong Rong berkata,  bantu-membantu pada saat kritikal merupakan refleksi tradisi kedua-dua negara.  Rakyat China tidak akan melupai bantuan Pakistan yang membekalkan kesemua khemah  simpanannya kepada China setelah gempa bumi menggegarkan Wenchuan, provinsi  Sichuan pada tahun 2008. China dan Pakistan diharap memperhebat kerjasama dalam  membangunkan kampung halaman yang indah.

Turut serta, ratusan wakil  mangsa banjir.

Untuk rekod, bijirin  sumbangan China kumpulan ini adalah mencukupi bagi memenuhi permintaan  sekurang-kurangnya 3,000 keluarga tempatan.  

Menurut  data  statistik yang diumumkan Jabatan Pentadbiran Bencana Negara Pakistan pada Selasa  lalu, hujan lebat sejak pertengahan Jun lalu telah meragut 1,396 nyawa dan  mengakibatkan 12,728 orang cedera.