Yokosuka Protes Tentera AS Lepas Sisa Kimia ke Laut

2022-09-13 14:24:22  CRI
Share with:

Datuk Bandar Yokosuka, Katsuaki Kamiji mengemukakan bantahan terhadap tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) melepaskan sisa air tercemar ke laut, lapor Perbadanan Penyiaran Jepun (NHK).

Pihak berkuasa Yokosuka pada Isnin mengesahkan air sisa dibuang tentera AS yang ditempatkan di bandar itu mengandungi fluorida organik berlebihan yang membahayakan kesihatan manusia.

Menurut siasatan dijalankan tentera AS pada Julai, air sisa berhampiran saliran di pangkalan tentera didapati mengandungi kandungan fluorida organik kira-kira dua kali ganda lebih tinggi daripada piawaian Jepun.

Namun, punca belum dikenal pasti buat masa ini.