Hello, Samarkand

2022-09-14 12:52:48  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri sidang ke-22 Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang berlangsung di Samarkand, bandar kedua terbesar di Uzbekistan,di samping mengadakan lawatan ke Kazakhstan dan Uzbekistan pada 14 hingga 16 September ini.

Samarkand yang bersejarah lebih 2,700 tahun merupakan salah satu hab yang strategik sepanjang jalan sutera kuno.

Dalam tempoh sidang tersebut, Samarkand yang anggun dan kuno berperanan menghimpunkan tetamu datang dari pelbagai tempat sambil menunjukkan pesona orientalnya yang istimewa.