Tipu Muslihat Pakatan AUKUS Telan Kegagalan
Pakatan melibatkan Amerika Syarikat, Britain dan Australia (AUKUS) yang berkomplot mewajarkan kerjasama kapal selam nuklear akhirnya menelan kegagalan buat kali keempat.
Isu berkaitan pakatan AUKUS membantu Australia memperoleh kapal selam berkuasa nuklear baharu ditetapkan sebagai agenda rasmi dalam mesyuarat Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang diadakan di Vienna, Austria pada Isnin.
Ini bermakna kerjasama kapal selam nuklear bukan sesuatu yang boleh dikendalikan ketiga-tiga negara secara persendirian, sebaliknya mesti diuruskan bersama negara anggota IAEA.
Tak kira apa tipu helah dimainkan ketiga-tiga negara itu, mereka tidak boleh mengubah fakta asas bahawa kerjasama AUKUS melibatkan pemindahan uranium diperkaya gred senjata serta teknologi dan peralatan berkaitan, dan berisiko tinggi berlakunya percambahan senjata nuklear.
Kerjasama seumpama bertentangan dengan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), dan melampaui lingkungan tanggungjawab sekretariat IAEA.
Kegagalan komplotan itu membolehkan dunia melihat dengan jelas amalan dwistandard AS dan Britain apabila mereka meluahkan 'kebimbangan' dalam isu nuklear Semenanjung Korea dan Iran, sedangkan memberi lampu hijau kepada kerjasama AUKUS.
Bagaimanapun, pakatan AUKUS masih belum membalas kebimbangan masyarakat antarabangsa, dan terus menyembunyikan butiran berhubung kerjasama berkenaan.
Nyata sekali niat mereka, iaitu mainan basi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diulang di rantau Asia Pasifik.