Isi Laporan IAEA Timbul Kebimbangan

2022-09-14 14:27:35  CRI
Share with:

China melahirkan kebimbangan serius terhadap kandungan substantif laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai kerjasama kapal selam nuklear membabitkan Amerika Syarikat, Britain dan Australia (AUKUS).

Jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning berkata penyiaran laporan itu satu langkah yang betul dari segi prosedur, namun ia menimbulkan kebimbangan.

"Laporan Ketua Pengarah Rafael Mariano Grossi itu hanya memetik sebahagian hujah tiga negara berkenaan untuk mewajarkan tindakan mereka, dan tidak menyebut kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap risiko percambahan nuklear.

"Laporan itu mengabaikan pendirian banyak negara yang mengecam tindakan seumpama melanggar Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), dan membuat kesimpulan yang mengelirukan," ujar Mao.

Tegas beliau, kerjasama AUKUS akan menjejaskan integriti, keberkesanan dan kewibawaan NPT.

Susulan itu, China mengusul IAEA supaya menubuhkan jawatankuasa khas yang terbuka kepada semua anggota untuk memudahkan isu politik, perundangan dan teknikal yang berkaitan dibincangkan secara mendalam, serta menyerahkan cadangan berkenaan kepada Lembaga Gabenor.