Keseluruhan Perdagangan Negara Anggota SCO Meningkat Hampir Seratus Kali Ganda

2022-09-14 16:59:33  CRI
Share with:

Laporan Pembangunan Perdagangan Sempena Ulang Tahun 20 Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang dikeluarkan pada setengah tahun pertama tahun ini menunjukkan bahawa keseluruhan perdagangan negara anggota SCO meningkat hampir 100 kali ganda dalam tempoh 20 tahun lalu, dan nisbahnya dalam perdagangan sejagat dari 5.4% pada tahun 2001 meningkat ke 17.5% pada tahun 2020. Pengaruh negara anggota SCO terhadap perdagangan sejagat makin kuat.

Menurut laporan itu, keseluruhan perdagangan sumbangan negara anggota SCO mencatat USD667.09 bilion (RM3.02 trilion) pada tahun 2001, seterusnya pada tahun 2020 merekodkan USD6.06 trilion (RM27.4 trilion). Sejak SCO ditubuhkan, pelbagai negara anggotanya berusaha melibatkan diri dalam perdagangan sejagat dan menyaksikan trend pertumbuhan yang stabil pada keseluruhannya walaupun pernah terkesan dalam operasi ekonomi sejagat yang tidak menentu sehingga perdagangan antara satu sama lain mengalami sedikit sebanyak turun naik.  

Menurut laporan itu lagi, China dengan aktif mendorong perkembangan perdagangannya dengan negara anggota SCO lain sehingga jumlah perdagangan meningkat dari USD12.15 bilion (RM55 bilion) pada tahun 2001 ke USD245.32 bilion (RM1.11 trilion). China sudah menjadi rakan dagang terbesar bagi Uzbekistan dan Pakistan, kedua terbesar bagi Rusia dan India, ketiga terbesar bagi Khazakhstan dan Tajikistan, dan keempat terbesar bagi Kyrgyzstan.

Selain itu, jumlah negara anggota SCO pun dari enam buah pada tahun 2001 bertambah ke lapan buah, beserta empat negara pemerhati dan enam negara rakan dialog. SCO sudah menjadi pertubuhan serantau yang merangkumi kawasan yang paling luas dan populasi paling ramai di dunia, memandangkan keseluruhan wilayah anggota SCO melebihi tiga perlima tanah Eurasia dan populasinya menempati hampir separuh keseluruhan dunia.