AS Digesa Segera Henti Serangan Siber

2022-09-14 11:59:01  CRI
Share with:

Pihak berkuasa China pada Selasa menyiarkan laporan analisis teknikal mengenai senjata siber yang digunakan Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat untuk menggodam Universiti Politeknik Barat Laut (NPU) China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning mengesahkan perkara tersebut dan berkata, lebih banyak butiran dan bukti berkaitan serangan siber itu telah didedahkan dalam laporan tersebut.

Menurutnya, China menerusi pelbagai saluran menuntut AS segera menghentikan serangan siber dan memberikan penjelasan, namun setakat ini masih belum mendapat sebarang maklum balas substantif daripada negara itu.

“Kelakuan AS mencabuli rahsia teknologi institusi China yang berkenaan serta membahayakan keselamatan infrastruktur kritikal, institusi dan maklumat peribadi. 

"AS mesti segera menghentikan tindakan seumpama dan memberi penjelasan yang bertanggungjawab,” tegas beliau semasa sesi taklimat pada Selasa.