Forum Rakan Media ASEAN 2022 di Guangxi
Forum Rakan Media ASEAN 2022 anjuran Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi telah diadakan di bandar Nanning pada Khamis. Hampir 180 orang tetamu dari lebih 70 badan media di 17 buah negara mengadakan dialog tentang "Kecerdasan, Pertembungan dan Perpaduan" bagi mendorong pertukaran dan memperincikan kerjasama yang berdimensi antara badan media, yang dilihat kondusif bagi membentuk komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.
Dalam majlis perasmian berkenaan, Naib Presiden CMG, Yan Xiaoming berkata, Presiden China Xi Jinping pernah menyampaikan ucaptama dalam Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun Ke-30 Hubungan Dialog China-ASEAN pada November tahun lalu, sekali gus menunjukkan arahan bagi usaha membentuk komuniti berkongsi nasib yang lebih padu. Forum rakan media kali ini adalah saluran baharu bagi CMG menggalakkan pertukaran dan kerjasama dengan negara ASEAN. CMG bersedia menyumbangkan kebijakan, melaksanakan misi sebagai badan media yang bertanggungjawab, mengoptimumkan kelebihan milik sendiri, dan mempergiatkan kerjasama yang berkongsi dan saling menguntungkan berdasarkan pembinaan bersama. Selain itu, CMG juga bertekad mewariskan persahabatan, memainkan peranan sebagai jambatan dalam mendorong persefahaman di kalangan rakyat, pertukaran kebudayaan dan kerjasama substantif, menyemarakkan semangat inovatif, memanfaatkan teknologi "5G+4K/8K+AI", dan menyuntik kedinamikan ke dalam perkembangan media dan kebudayaan global.
Bakal Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn berkata, ASEAN dan China diharap mengusahakan penjalinan hubungan yang positif dan bersifat membina. CMG dan badan media dari negara ASEAN dialu-alukan memainkan peranan penting bagi mengintensifkan persefahaman dan memupuk rasa saling percaya.
"Semua pihak diseru berganding bahu menangani pelbagai cabaran yang kita menghadapi baik pada masa sekarang mahupun pada masa depan, memastikan kemakmuran, keamanan, kedamaian dan kestabilan serantau dan global terjamin," katanya.
Dalam majlis perasmian tersebut, CMG dan sejumlah badan media dari negara ASEAN telah memulakan kerjasama pusingan baharu, sekaligus melancarkan dua projek penting, iaitu "penubuhan pangkalan inkubator bintang penstriman pada zaman internet" dan "talian hangat media China-ASEAN".