AS Digesa Kembalikan Segera Aset Milik Afghanistan

2022-09-15 17:10:16  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) perlu mengembalikan segera aset bank pusat Afghanistan yang dibekukannya, kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam taklimat media hari ini.

Kerajaan AS pada Rabu mengumumkan pemindahan aset bank pusat Afghanistan bernilai USD3.5 bilion yang dibekukannya sebelum ini kepada 'tabung Afghanistan' yang baru ditubuhkan di Switzerland.

Menurut Timbalan Setiausaha Perbendaharaan AS, tabung itu tidak akan menyerahkan modal kepada bank pusat Afghanistan melainkan bank itu dijamin bebas daripada gangguan politik.

Sehubungan dengan itu, Mao Ning berkata bahawa aset yang dibekukan AS itu merupakan harta milik Afghanistan dan juga wang yang dapat menyelamatkan rakyat negara itu. Ia sewajarnya dikendalikan Afghanistan sendiri dan digunakan untuk kebajikan rakyat dan pembangunan semula negara itu tanpa sebarang halangan.