China, Turkiye Komited Lonjak Perkongsian Strategik

2022-09-16 16:22:26  CRI
Share with:

China bersedia bersama Turkiye untuk menggerakkan perkongsian strategik ke tahap lebih tinggi.

Demikian dinyatakan Presiden Xi Jinping semasa pertemuan bersama rakan sejawatnya dari Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Wisma Tamu Negara Samarkand di Uzbekistan pagi tadi.

Xi berkata kedua-dua negara harus memperkukuh asas politik perkongsian strategik, memacu keberhasilan dalam usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan bersinergi memastikan kelancaran rantaian bekalan dan perindustrian antarabangsa serta keselamatan makanan dan tenaga.

Selain itu, kolaborasi di bawah kerangka multilateral seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kumpulan 20 (G20) dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) perlu diperhebat.

Sementara itu, Erdogan meluahkan kesediaan untuk merancakkan lagi kerjasama perdagangan dan pelaburan dengan China.

Beliau berkata Inisiatif Koridor Tengah yang diajukan Turkiye serasi dengan BRI, dan berharap penyelarasan strategi pembangunan kedua-dua negara dapat dipercepat demi manfaat bersama.