Aktiviti Hari China-ASEAN 2022
Aktiviti Hari China-ASEAN 2022 anjuran Pusat China-ASEAN (ACC) dan Persatuan Persahabatan Rakyat Beijing dengan Negara Asing (BPAFFC) berlangsung pada Rabu.
Aktiviti itu dihadiri lebih 120 orang peserta antaranya Setiausaha Agung ACC, Chen Dehai dan Naib Presiden BPAFFC, Liu Yuhong, serta diplomat negara-negara ASEAN termasuk Duta Besar Kemboja, Khek M. Caimealy Sysoda, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Myanmar di China, Zin Mar Htwe, timbalan ketua Kedutaan Besar Malaysia di China, Sanmugan Subramaniam dan lain-lain.
Setiausaha Agung ACC, Chen Dehai ketika berucap dalam acara itu berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-31 hubungan dialog China-ASEAN dan ulang tahun ke-55 penubuhan ASEAN, yang juga tahun pertama perkongsian strategik menyeluruh China-ASEAN.
ACC komited terus melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin China dan negara-negara ASEAN, dan berusaha membentuk jambatan ke arah memperdalam pertukaran dan kerjasama pragmatik antara kedua-dua pihak.
Aktiviti berkenaan turut diserikan dengan persembahan seni yang dibawa artis China dan negara ASEAN serta pameran masakan negara serantau.