China Sumbangkan Peluang Baharu Terokai Angkasa Lepas

2022-09-16 18:09:47  CRI
Share with:

 



Bekas Ketua Editor akhbar Pasaxon, lidah rasmi Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP), Duangchit Savathbounmy melalui laman sesawang rasmi Agensi Berita Laos dan laman sosial media menerbitkan sebuah rencana yang bertajuk “China sumbangkan peluang baharu bagi manusia menerokai angkasa lepas” untuk menyanjung pencapaian China dalam usaha angkasa lepas dan sumbangan China dalam menerokai ruang angkasa lepas melalui kerjasama antarabangsa.

Penerokaan China yang selangkah demi selangkah dalam bidang angkasa lepas melibatkan tempoh masa yang panjang. Pada 52 tahun yang lalu, “Dongfanghong”, satelit buatan manusia yang pertama di China berjaya dilancarkan. Pada 2022 pula, kru Shenzhou-13 menjadi kru angkasawan China yang pertama bertugas di orbit angkasa lepas selama 6 bulan.


Pada waktu yang sama, China terus berusaha menjalani interaksi dan kerjasama dengan pelbagai negara dalam bidang aeroangkasa dan stesen angkasa lepas antarabangsa.

Satelit yang pertama di Laos, iaitu satelit telekomunikasi No.1 Laos telah dilancarkan ke angkasa lepas dari Xichang, China pada 21, November 2015. Impian satelit yang dinanti-nantikan negara itu selama lebih 20 tahun akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut Duangchit Savathbounmy dalam rencananya, penghasilan dan pelancaran satelit tersebut tidak terpisah dari sokongan dan bantuan pihak China.Ini merupakan pencapaian cemerlang dalam kerjasama praktikal dan cerminan persahabatan kedua-dua negara, sekali gus salah satu contoh kejayaan pembinaan bersama berkualiti tinggi dalam kerangka “Inisiatif Jalur dan Laluan” (BRI).


Dilaporkan bahawa setakat kini, terdapat 9 projek yang dikemukakan oleh 23 badan dari 17 buah negara sudah dimasukkan  dalam kumpulan pertama ujian saintifik Setesen Angkasa Lepas China, yang pertama di dunia yang terbuka kepada semua negara anggota PBB.