Pelaburan Sektor Pembuatan China Tumbuh Pesat

2022-09-17 15:56:48  CRI
Share with:

Pelaburan industri pembuatan China bagi Januari hingga Ogos meningkat sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Sejak awal tahun ini, masalah ketidaklancaran rantaian perindustrian dan bekalan agak menonjol disebabkan faktor seperti situasi antarabangsa yang rumit dan penularan wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, industri pembuatan di China terus mencatatkan pertumbuhan pesat berkat pelaksanaan siri inisiatif bagi mengukuhkan rantaian berkenaan.

Dalam pada itu, pelaburan industri teknologi tinggi merekodkan lonjakan sebanyak 20.2 peratus.

Kini, penaiktarafan industri pembuatan China semakin dipergiat serentak dengan transformasi ke arah rendah karbon dan lebih mesra alam.