Jom Kunjungi CAEXPO Ke-19
Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) edisi ke-19 membuka tirai di Nanning, wilayah Guangxi pada Jumaat.
Dengan tema 'Kongsi Peluang Baharu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Bina Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0', CAEXPO kali ini menyasarkan untuk terus memperkasa perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN.
Difahamkan, sebanyak 1,653 syarikat dari China, sepuluh negara ASEAN dan anggota RCEP lain menyertai pameran secara fizikal, manakala lebih 2,000 lagi syarikat hadir secara maya.
Selain itu, lebih 80 acara promosi pelaburan dan perdagangan serta 21 buah forum peringkat tinggi diadakan secara dalam dan luar talian, sekali gus mengintensifkan kolaborasi China-ASEAN dalam pelbagai bidang.
Jom ikuti klip video ini untuk mengunjungi CAEXPO edisi ke-19.